B Infinite | Loyalty Program in Malaysia

English


Privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan maklumat peribadi anda juga tertakluk kepada peruntukkan undang-undang. Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami sekarang atau dari masa ke semasa atau yang telah diberikan kepada kami sebelum ini akan diguna dan diproses mengikut Dasar Privasi ini (yang mana Dasar Privasi ini boleh dipinda, diubah, atau disemak semula dari masa ke semasa oleh pihak kami). Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah kehilangan atau penyalahgunaan Maklumat Peribadi anda.Sekiranya penyemakkan semula dan pindaan dilakukan keatas Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda akan pindaan tersebut di laman web kami atau menghantar satu salinan Dasar Pivasi yang telah terpinda melalui pos atau e-mel, mengikut kesesuaian atau cara pilihan anda bagi penerimaan notis daripada kami.

Di Dalam Dasar Pivasi ini,
"B Infinite Loyalty Program" bermaksud program kad kesetiaan yang dikendalikan oleh kami.

"Kami" bermaksud BLoyalty Sdn Bhd (Company No. 154570-W).

"Maklumat Peribadi" bermaksud mana-mana maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda (atau mana-mana individu lain) di mana anda (atau individu lain) dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat itu atau maklumat lain dalam milikan kami.

"Pedagang" bermaksud pedagang-pedagang yang telah bersetuju untuk menyertai B Infinite Loyalty Program.

  1. Maklumat Peribadi

  2. 1.1   Maklumat yang telah kami kumpulkan daripada anda

    Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut ini:-

    • butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, umur, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan lain lain maklumat yang anda beri apabila memohon sebagai ahli B Infinite Loyalty Program
    • maklumat berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda telah beli dari Pedagang atau apabila anda telah mendaftarkan minat anda untuk membuat pembelian, mendapatkan maklumat dan maklumat terkini, pertanyaan dan yang lain-lain
    • lain-lain maklumat yang telah atau akan dikumpulkan oleh kami atau Pedagang, atau maklumat yang anda berikan kepada kami atau Pedagang, dari masa ke semasa, berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan, urusniaga, peraduan, tinjauan pasaran, promosi, soal selidik atau komunikasi dengan kami samada berkaitan atau tidak dengan B Infinite Loyalty Program
    • minat peribadi serta kegemaran seperti bahasa pilihan anda, produk, kandungan maklumat yang diminati serta cara penyampaian atau pemasaran yang anda gemari
    • nama pengguna, kata laluan dan lain-lain pengenalan diri apabila anda mendaftar di laman web kami

    Sesetengah maklumat yang diminta oleh kami adalah wajib dipersetujui oleh anda kerana ianya mandatori bagi tujuan pemprosesan maklumat tersebut di pihak kami, dan sekiranyanya anda gagal memberikan maklumat tersebut kami tidak boleh meluluskan permohonan anda atau meneruskan keahlian anda dengan B Infinite Loyalty Program atau membekalkan maklumat, maklumat terkini, produk atau perkhidmatan yang anda minta atau berkenaan dengan B Infinite Loyalty program.

    1.2    Cara-cara bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan
    • apabila anda memohon sebagai ahli B Infinite Loyalty Program atau mendaftar untuk membeli produk dan perkhidmatan kami, atau mendaftarkan minat anda dengan kami untuk membeli produk dan perkhidmatan tersebut atau bagi mendapatkan maklumat serta maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan tersebut
    • apabila anda melawati laman web atau laman rangkaian sosial kami
    • apabila anda menyertai pertandingan atau respon keatas tinjauan pasaran, promosi atau soal selidik
    • dari mana-mana syarikat dalam Kumpulan Berjaya atau dari Pedagang
    • apabila anda membuat transaksi di mana-mana kedai Pedagang
    • melalui mana-mana transaksi atau pertanyaan atau komunikasi yang telah dibuat kepada atau dengan kami

    1.3    Tujuan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda
    • untuk berkomunikasi dengan anda
    • untuk pemprosesan permohonan, pertanyaan atau permintaan anda
    • untuk memperuntukkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan B Infinite Loyalty Program atau lain-lain produk dan perkhidmatan yang diminta
    • untuk tujuan pentadbiran B Infinite Loyalty Program
    • untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda
    • bagi tujuan kajian penyelidikan dan analisa statistik
    • untuk pemantauan dan peningkatan perkhidmatan kami
    • bagi mematuhi undang-undang yang terpakai, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
    • sebarang tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang
    • untuk memasarkan dan mempromosikan lain-lain produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau yang mungkin ditawarkan oleh kami rakan niaga, Pedagang penaja kami dari masa ke masa
    • bagi tujuan pasaran langsung
    • untuk pembekalan maklumat maklumat terkini mengenai B Infinite Loyalty Program atau produk dan erkhidmatan kepada anda minta

    1.4    Data Peribadi Sensitif
    • Kami tidak akan mengumpulkan Data Peribadi Sensitif anda melainkan jika dikehendaki undang-undang. Jika anda tidak mahu Data Peribadi Sensitif anda dikumpulkan, anda tidak perlu menyerahkan Data Peribadi Sensitif tersebut kepada kami.
    • "Data Peribadi Sensitif" bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perlakuan atau pernyataan atau apa-apa kenyataan kesalahan atau data peribadi yang ditetapkan di bawah undang-undang sebagai data peribadi yang sensitif.
    • Jika anda memilih untuk menghantar Data Peribadi Sensitif anda kepada kami, data tersebut akan dianggap sebagai Maklumat Peribadi yang akan tertakluk kepada terma-terma dan pencakupan Dasar Privasi ini, termasuk juga bagi tujuan pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data tersebut.

  3. Pendedahan Maklumat
  4. Bagi memudahkan tujuan-tujuan yang tersebut di atas serta pembekalan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami akan memproses, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga mengikut pengkelasan yang berikut ini: -

    • pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
    • mana-mana mahkamah undang-undang atau pihak yang mempunyai tuntutan yang sah ataupun bagi tujuan prosiding/tindakan undang-undang
    • kontraktor, pembekal perkhidmatan, perunding, juruaudit dan penasihat kami sekadar makluman yang diperlukan sahaja
    • Pedagang, rakan niagan dan penaja kami
    • mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau bakal penerima pindahmilik, atau pemeroleh syarikat atau perniagaan kami

  5. Pemindahan Keluar Maklumat Peribadi Dari Negara Malaysia
  6. Maklumat Peribadi anda juga boleh dipindahkan keluar dari negara Malaysia. Anda adalah dengan ini telah memberi persetujuan kepada kami untuk pemindahan Maklumat Peribadi anda keluar dari negara Malaysia, dan ini termasuk kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan didalam pengkelasan diatas.


  7. Akses atau Pembaharuan/Kemas Kini Maklumat Peribadi anda
  8. 4.1    Anda adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri anda serta orang lain (sebagai contoh: suami/ isteri anda, anak-anak, saudara-mara atau pihak ketiga) yang mana maklumat peribadi mereka telah diberikan oleh anda kepada kami, dan oleh itu, jika maklumat peribadi tersebut didapati tidak tepat dan lengkap atau tidak dikemaskini, anda dikehendaki untuk membuat pembetulan atau mengemas kini maklumat peribadi tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan maklumat-maklumat yang terbaru kepada kami.

    4.2   Anda boleh menulis kepada kami di alamat yang tertera di Seksyen 6 di bawah ini:

    • untuk memohon satu salinan Maklumat Peribadi didalam simpanan kami
    • untuk memohon bagi membuat pembetulan atau bagi mengemaskini Maklumat Peribadi anda

    Anda adalah dikehendaki memberikan bukti identiti anda, alamat serta maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami mengenal pasti anda semasa permohonan bertulis dikemukakan kepada kami.

    4.3   Selepas menerima permohonan bertulis anda, kami mempunyai pilihan untuk:

    • mematuhi atau menolak permohonan anda bagi mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda. Jika penolakan dibuat, kami akan memaklumkan sebab-sebab penolakan tersebut
    • mengenakan yuran pemprosesan keatas permohonan anda untuk mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda

  9. Menghadkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda
  10. Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda atau mengguna laman web kami, anda bersetuju dan mengizinkan kami mengguna dan memproses Maklumat Peribadi anda menurut Dasar Privasi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada, keizinan anda untuk menerima komunikasi, tawaran, promosi dan pemasaran bahan-bahan daripada kami dari semasa ke semasa. Jika anda:

    • tidak mahu menerima tawaran, promosi dan bahan-bahan pemasaran serta maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang lain daripada kami, rakan-rakan perniagaan, Pedagang atau penaja kami; atau
    • jika anda mengkehendakki kami memberhentikan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan maksud/tujuan tertentu atau dengan cara yang tertentu.

    Sila hubungi kami secara bertulis kepada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 6 di bawah. Sekiranya tiada sebarang makluman bertulis diterima daripada anda, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penyebaran Maklumat Peribadi mengikut kehendak bidangkuasa Dasar Privasi ini. Oleh yang demikian itu, jika sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Maklumat Peribadi anda seperti yang tersebut di atas, kami tidak dapat meluluskan permohonan anda atau meneruskan keahlian anda dengan B Infinite Loyalty Program atau membekalkan maklumat, maklumat terkini, produk atau perkhidmatan berkenaan dengan B Infinite Loyalty program atau yang anda memohon.

  11. Bagaimana untuk menghubungi kami: -
  12. BLoyalty Sdn Bhd
    16th Floor,
    Office Block Plaza Berjaya,
    12 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
    Email: enquiry@bcard.com.my

NOTA: Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai sebagai rujukan.

TOP